Wednesday, July 20, 2016

Yamaha Y15ZR Edisi GP

 


HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan Y15ZR Edisi GP ke pasaran tempatan. Edisi tersebut diperkenalkan bagi meraikan perlumbaan berprestij MotoGP tidak lama lagi. Tiada perubahan mekanikal dilakukan. Yamaha Y15ZR Edisi GP menerima kemas kini dari segi warna dan sentuhan grafik.

Sekali imbas, edisi Movistar 2016 menerima beberapa kemasan kecil. Imej yang ditampilkan adalah sporty dan garang. Edisi GP masih menggunakan warna biru pada bahagian badan. Bersama kemasan warna kelabu di beberapa bahagian. Bahagian rim turut dicat dengan warna biru yang begitu identikal dengan warna GP. Turut kelihatan ialah pelekat ENEOS, iaitu penaja baru kepada pasukan Yamaha.
Yamah Y15ZR dijana oleh enjin 150cc penyejukan cecair, 4-lejang SOHC, silinder tunggal yang mampu menghasilkan kuasa 11.3kW dan tork 13.8Nm. Penghantaran kuasa ke roda diserahkan kepada transmisi 5-kelajuan.

Sebelum ini, HLYM melancarkan warna ungu/kelabu pada model Y15ZR sekitar Julai lalu. Menerusi warna menarik berkenaan, Y15ZR Edisi GP dijual pada harga RM8,634.76 selepas GST (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan nombor pendaftaran).  Sudah tentu, ia akan digilai oleh peminat MotoGP dan pengikut setia Valentino Rossi.

Monday, February 15, 2016

Yamaha Y15ZR Now In Grey Colour



Yamaha’s “supercub”, the Y15ZR, has received an update for 2016 – a new colour scheme in a rather fetching shade of grey with a purple tint. Retailing at RM8,210 including GST, this kapchai takes it styling cues from Yamaha YZF range of sports and superbikes.